Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mas] | کمس

Definisi : 1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb); berkemas, berkemas-kemas menyusun-­nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi; mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya; mengemaskan 1. menjadikan tersusun (ter­atur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; kekemasan keadaan kemas; perkemasan perihal berkemas-kemas; pengemasan perbuatan mengemas(kan); pengemas orang yg mengemasi (mengemas­kan): ~ bilik; ~ daftar fail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mas] | کمس

Definisi : 1 tersusun dgn elok dan bersih; teratur; rapi: Perajurit-perajurit itu berbaris di tengah padang dgn pakaian yg ~. 2 disiapkan atau disempurnakan dgn baik (elok dan cantik): Semua hasil kerja tangannya ~ kerana dia cermat semasa membuatnya. 3 kuat atau teguh (biasanya ikatan dll); erat: Barang-barang itu dibungkusnya ~-~. barang(-barang) ~ barang(-barang) yg mudah disimpan dan tinggi nilainya. berkemas menyusun atau mengatur supaya elok, bersih dll; bersiap-siap sebelum keluar dr rumah: Emaknya sibuk ~ di dlm bilik tidur. Dia ~ utk pergi ke rumah mentuanya. mengemas menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak: Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. mengemaskan menjadikan tersusun (teratur dll); menjadikan terkumpul atau kemas: Ia tidak diizinkan pulang sebelum ~ kerjanya. memperkemas menjadikan lebih kemas: Mereka ~ sistem pentadbiran negara. kemasan 1 apa-apa yg (telah) dikemaskan; bahagian yg dikemaskan: Mereka dilarang menyentuh ~ kerja yg baru saja dihasilkan itu. 2 bahan (spt lilin, cat) yg digunakan utk mengemaskan sesuatu: ~ yg biasa digunakan ialah cat minyak dan lilin. perkemasan hal berkemas(-kemas). pengemasan perbuatan, hal dsb mengemas atau mengemaskan. pengemas orang yg mengemaskan: ~ bilik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemas (adjektif)
1. Bersinonim dengan rapi: kemin, sering, terurus, teratur, tersusun,
Berantonim dengan berselerak

2. Bersinonim dengan kuat: teguh, erat, kukuh,

3. Bersinonim dengan beres: bersih, habis, selesai,

4. Bersinonim dengan sihat: segar

Kata Terbitan : berkemas, berkemas-kemas, mengemaskan, pengemas,

Puisi
 

Encik Gamung orang Melaka,
     Lipatlah kajang kemas-kemas;
Janganlah sombong adik berkata,
     Di mana kijang bertanduk emas?


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bia- sa. Sesetengah analog menggantikan tempat bes tertentu dalam asid nukleik. (BIO) base board (bod dasar) Bod yang ditempatkan di persimpangan antara lantai dengan dinding. Bod ini membentuk persilangan yang kemas dan melindungi bod ini daripada seba- rang kerosakan akibat geseran perabot atau mesin pembersih lantai. (KEJ) base number system (asas sistem nombor) Bilangan unit pada sesuatu tempat yang sama nilai Konsep yang menghuraikan tentang pengabadian jisim bagi jisim yang meng- alir seperti air. (KEJ) continuity test (ujian keterusan) Ujian pemasangan elektrik untuk memastikan kabel dalam sesuatu litar adalah baik dan kemas, bagi menentukan kewujudan dan kedudukan sambungan yang putus dalam litar. (KEJ) continuous arrhythmia (aritmia selanjar) Peruntukan daya, mutu dan urutan denyut nadi. Keadaan ini berterusan seperti suatu fenomena yang tetap

Kembali ke atas