Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1. kata utk menyatakan arah ke (di­pakai sebelum nama orang atau kata peng­ganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.da] | کڤد

Definisi : 1 kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. 2 terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.

Bermaksud :

Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).

 

Lihat selanjutnya...(199)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
penyerapan) Suatu kawasan dalam spektrum penyerapan suatu bahan yang keserapannya mencapai maksimum, yang juga takat infleksi dalam spektrum. (KIM) absorption dynamometer (dinamometer penyerapan) Dinamometer yang menyerap semua kuasa dan mengubahnya kepada haba untuk mengukur kuasa tersebut. (FIZ) absorption index (indeks penyerapan) Nilai pada indeks biasan kompleks yang ditulis sebagai ( + ). sama dengan indeks biasan nyata. (FIZ) absorption loss (kehilangan serapan) Kehilangan air melalui proses penyerapan di dalam tanah atau batuan, sewaktu pengairan awal. (KEJ) absorption rate (kadar serapan) Kadar kandungan lembapan yang terserap dan tersimpan di dalam bahan bi - naan apabila didedahkan kepada air. Bahan binaan seperti blok konkrit dan bata simen mempunyai kadar serapan yang tinggi dibandingkan dengan bata bakar. (KEJ) absorption wall (dinding penyerap) Dinding yang disaluti dengan bahan penyerap bunyi

Kembali ke atas