Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu; berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak­-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok); mengepak-ngepak = terkepak-kepak berkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap); mengepak-ngepakkan mengibar-ngibar­kan (sayap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (képak); mengepak mendukung (bu­dak dll) di rusuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (képak); mengepak-ngepak terka­pai-kapai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (képak) ark; mengepak membeng­kokkan (dahan dll) hingga patah; terkepak bengkok atau patah (dahan kayu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /képak/; mengepak membengkokkan sesuatu sehingga patah; mematahkan. terkepak patah (bkn dahan kayu atau lengan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 bahagian tubuh yg terdapat pd binatang jenis burung atau pd serangga yg digunakannya utk terbang; sayap: ~ burung. 2 bahagian drpd sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang. berkepak mempunyai kepak; bersayap. mengepak-ngepak mengibas-ngibaskan kepak (spt ayam yg hendak berkokok dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepak (kata nama)
Bersinonim dengan sayap, sirip, radai;,
Kata Terbitan : mengepak-ngepak, mengepak-ngepakkan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Singkatan ADC. (KOM) analogy (analogi) 1. Kesepadanan pola atau bentuk. 2. Kesamaan sesuatu dengan sesuatu yang lain dari segi fungsi, tetapi tidak dari segi struktur dan asal usul perkembangan. Contohnya, kepak serang- ga dan kepak burung mempunyai fungsi yang sama tetapi struktur dan asal usul yang berbeza. (FIZ, BIO) analysis block (blok analisis) Blok dalam ingatan komputer yang menempatkan atur cara pengujian analisis atau data

Kembali ke atas