Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.ca.ya.an] | کڤرچاياءن

Definisi : 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.per.ca.ya.an] | کڤرچاياءن

Definisi : 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,

Peribahasa

Jadi penghubung mata telinga.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tercetus semasa penghentian pengambilan alkohol secara menge- jut. Antara gejala yang dialami pesakit ialah menggigil, kekusutan mental, mandi peluh dan sakit di bahagian jantung. Sinonim alcoholicum delirium. (UBAT) delusion (delusi) Kepercayaan peribadi yang salah dan berasaskan tanggapan yang silap ten- tang keadaan sebenar. Individu yang mengalami keadaan ini tidak berganjak daripada pegangannya walaupun kepercayaannya dapat dibuktikan salah. Ke - adaan ini biasanya dialami oleh pesakit mental seperti pesakit skizofrenia dan paranoia. Takrifan ini tidak berkaitan dengan kepercayaan agama. (UBAT) deme (dem) Kumpulan kecil haiwan yang saling membiak dalam satu populasi, dan ti- dak membiak dengan kumpulan kecil lain dalam populasi yang telah terasing. Dem dikenali juga sebagai

Kembali ke atas