Kamus Sains.indb dan sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 800 kg/m 3 hingga 925 kg/m 3 . Kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Alan batu mudah dikerjakan, dikemas siap, dikeringkan dan sederhana tahan. Alan batu digunakan untuk lantai, papan panel dan kayu kumai serta pembuatan perabot dan perahu. (HUT) alarima (alarima) Celah kekisinya. Contohnya, kal- sium klorida alkoholat (C a Cl 2 . n C 2 H 5 OH). (KIM) alcoholicum delirium (racauan alkoholisme) Lihat delirium tremens. (UBAT) alcoholism (alkoholisme) Ketagihan terhadap minuman keras yang boleh mengakibatkan seseorang mi- num dengan berlebihan. Keadaan ini menyebabkan seseorang kurang selera makan, merosakkan fungsi hati dan menjejaskan hubungan sosial. (UBAT) alcoholuria (alkoholuria) Keadaan yang berlaku apabila terdapat
|