Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.tor] | کوتور

Definisi : 1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemar­kan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), ke­burukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotor­kan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.tor] | کوتور

Definisi : 1 tidak bersih; cemar: Lalat suka hinggap di tempat yg ~. 2 tidak baik (bkn perkataan, perbuatan dll); tidak senonoh; keji: Ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan perkataan yg ~. ~ mulut suka bercakap ttg perkara yg tidak senonoh. mengotori menjadikan kotor (oleh sesuatu yg bersifat kotor): Sampah sarap yg ~ lantai itu disapunya. mengotorkan 1 menyebabkan menjadi kotor (oleh seseorang dgn menggunakan sesuatu yg bersifat kotor): Sekumpulan budak nakal telah ~ lantai sekolah dgn lumpur. 2 menyebabkan sesuatu menjadi kotor atau cemar (dgn melakukan sesuatu); mencemarkan: Dia telah ~ nama baik keluarganya. kotoran sesuatu yg kotor (spt najis, sampah dll). kekotoran keadaan kotor; kecemaran: ~ udara dpt mendatangkan penyakit. pengotoran perihal (perbuatan) dsb menjadikan atau menyebabkan kotor. pengotor orang yg tidak menghiraukan kebersihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kotor (adjektif)
1. Bersinonim dengan cemar
Berantonim dengan bersih

2. Bersinonim dengan lucah: keji, tidak senonoh, cabul, jijik, durjana,
Berantonim dengan halus

Kata Terbitan : mengotorkan, kotoran, kekotoran, pengotoran, pengotor,

Peribahasa

Kotor dicuci,
     berabu dijentik.

Bermaksud :

Apa yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tompok-tompok hitam pada kulit bawang yang masih se- gar. Tompok-tompok tersebut ialah bahagian yang busuk dan merupakan stroma kulat yang mengandungi aservulus dengan seta sehingga kelihatan hodoh dan kotor. (BIO) sodium dodecyl sulfate (natrium dodesil sulfat) Detergen anion yang digunakan dalam kaedah SDS-PAGE pemeringkatan protein. (BIO) soft detergent (detergen lembut) Detergen yang boleh terurai secara biologi. Penggunaan detergen

Kembali ke atas