Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ya/] | کويق

Definisi : carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup ber­korban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-­laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan me­nyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(­carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ya/] | کويق

Definisi : sobek (bkn kain, kertas dll); carik; robek: Bajunya ~ terkait onak. Buku itu sudah ~. ~ rabak koyak yg panjang dan lebar. mengoyakkan menjadikan koyak (carik); menyiat; mencarik: ~ kertas; ~ sampul surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain putih koyak di tengah,
     Pakaian anak naik ke hulu;
Tengah kasih datang fitnah,
     Biar saya berundur dahulu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Koyak tak berbunyi.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dasar. (KEJ) topsoil (tanah atas) Tanah yang tidak mempunyai ciri kekuatan galas yang diperlukan. Tanah atas terdapat pada permukaan tanah setebal 100 mm hingga 150 mm. (KEJ) torn grain (ira koyak) Ira pada kayu yang sompek atau terbelah pada permukaannya akibat tindakan proses pemesinan. (HUT) tornado (tornado/puting beliung) Turus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir sering struktur ini akan pecah menjadi volva. 2. Tisu bermembran yang menyelubungi jasad buah yang belum matang pada agarik tertentu seperti Amanita spp. Apabila jasad buah membesar, tisu bermembran ini akan koyak menjadi volva dan kadangkala serpihan mem- bran terlekat pada permukaan atas pileus. Sinonim outer veil, general veil, teleblem, teleblema, teleoblema. (BIO) unload (punggah) Tindakan mengeluarkan atur cara yang dimuatkan ke

Kembali ke atas