Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.sis] | کريسيسبر

Definisi : keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yg boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan, dll), keadaan yg lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yg genting, kegentingan, kete­gangan, keributan: pucuk pimpinan parti sedang berusaha menyelesaikan ~ yg timbul dlm parti itu; ~ akhlak (moral) kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yg sudah mencapai peringkat yg membimbangkan; ~ ekonomi keadaan eko­nomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; ~ kelaparan keadaan buruk yg menyebabkan kebuluran (kerana kekurangan makanan); ~ kewangan keadaan yg sangat membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (spt kekurangan wang dll); ~ politik ketegangan politik; berkrisis berselisih pendapat (fahaman, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.sis] | کريسيسبر

Definisi : keadaan yg tegang dlm politik dll disebabkan sesuatu masalah yg serius; kekacauan atau keributan (dlm persatuan dll). ~ ekonomi keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
krisis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ketegangan, kegentingan, keributan, perbalahan, pertikaian, persengketaan, pertengkaran, kemelut, konflik, konfrontasi;,
Kata Terbitan : berkrisis,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ini boleh dimatikan de- ngan mengurangkan arus ke hadapan sehingga kurang daripada arus penahan atau menterbalikkan kekutuban voltan yang digunakan. Contoh komponen ini ialah penerus terkawal silikon. (KEJ) thyroid crisis (krisis tiroid) Krisis tirotoksikosis. (UBAT) thyroid stimulating hormone (hormon perangsang tiroid) Hormon peptida yang dirembeskan oleh pituitari anterior yang mengawal atur perembesan tiroksina dari kelenjar tiroid. (UBAT) thyroidectomy (tiroidektomi) Pembuangan kelenjar tiroid secara

Kembali ke atas