Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ga] | لاݢ

Definisi : 1. adu atau sabung (binatang spt lembu, ayam, dll), perkelahian: biar lambat ~ asal menang; ayam ~; kerbau ~; 2. langgar, hantuk; berlaga 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; berlagaan, berlaga-lagaan saling berlaga: mata pedang bergemerencing ~ sesama sendiri; melaga 1. menyabung (lembu, ayam, dll), mengadu; 2. menghantuk, melanggar; melagakan 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan mangkuk, dll), melanggar­kan, menghantukkan: dia sengaja ~ kereta­nya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat dsb berkelahi (dgn cara meng­hasut, membuat fitnah, dsb), mengadu­dombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri; melaga-lagakan 1. melagakan (melanggar­kan dsb) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~ kepala­nya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup; memperlagakan membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu, ayam, dll), menya­bungkan, mengadukan; perlagaan perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan, perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan kerbau; pelaga 1. binatang dll yg berlaga atau di­lagakan; ayam (ikan) ~ ayam (ikan) utk ber­laga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ga] | لاݢ

Definisi : Jw; berlaga memegahkan (meninggi­kan) diri sendiri, takbur; laga-lagaan bermegah-megah, berperasaan besar diri; ®lagak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ga] | لاݢ

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), kembal benang, rengas api selemah, Melanochyla tomentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ga] | لاݢ

Definisi : ; berlaga 1 bersabung (bkn ayam, lembu dll); berkelahi: Pernahkah kamu melihat ayam ~ dgn puyuh? 2 berlanggaran atau berhantukan (bkn kereta, pinggan mangkuk dll). melagakan menghantukkan atau melanggarkan: Beliau telah ~ kepala penyamun itu ke tiang sehingga berdarah. memperlagakan 1 membuat supaya berlaga atau berkelahi (ttg ayam dsb). 2 membuat supaya berlanggar (ttg kereta, perahu dsb). perlagaan perbuatan berlaga atau hasil memperlagakan; perkelahian; perlanggaran: Temasya ~ lembu masih disukai di setengah-setengah tempat. pelagaan perbuatan atau hal melagakan. pelaga 1 suka berlaga atau suka berkelahi. 2 (sesuatu) yg diperlagakan: ayam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laga
Kata Terbitan : berlaga, melagakan, melaga-lagakan, memperlagakan, perlagaan,

Puisi
 

Banyaklah cabi menghisap daun,
     Kapas dihisap terlaga-laga;
Meminta mandi dalam pangkuan,
     Meminta mandi si air mata.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lambat laga asalkan menang.

Bermaksud :

Biar lambat asalkan maksud tercapai.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bawah dan tekanan dari atas atau tahan tekanan dari kedua- dua arah. Penutupan aliran dalam tetiub ini diperlukan untuk tujuan tertentu seperti ujian kebocoran penyendat, membuka atau menanggalkan kepala te - laga dan ujian tetiub. (KEJ) tubing-id locking device (peranti pengunci diameter dalam tetiub) Peranti pengunci dan pengedap alat kawal pengeluaran subpermukaan yang direka bagi kegunaan dalam tetiub yang tidak dilengkapkan di dalam tiub yang berbentuk U. Di dalam tiub ini, bendalir yang lebih berat akan mendesak bendalir yang lebih ringan. Con- tohnya, semasa mengatasi semburan keluar atau melakukan pembunuhan te- laga, lumpur yang lebih berat akan mendesak lumpur yang lebih ringan yang telah berada di dalam rentetan paip gerudi dan anulus supaya turun ke bawah rentetan paip gerudi dan keluar ke

Kembali ke atas