Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bang] | لامبڠ

Definisi : 1. tanda yg menyatakan atau menge­nalkan sesuatu (spt bendera, lencana, dll), simbol, isyarat, pelambang, perlambang: masyarakat menjadikan songkok baldu hitam sbg ~ kebangsaan kita; ~ status harta benda dsb yg dianggap sbg tanda yg menunjukkan kekayaan, prestij, kedudukan sosial yg tinggi dsb seseorang; 2. (Lin) tanda yg mewakili entiti linguistik (spt bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata) yg diterima dlm trans­kripsi fonetik atau sistem tulisan; berlambang mempunyai atau memakai lambang: bangunan baru itu masih belum ~; berlambangkan mempunyai atau meng­gunakan sesuatu sbg lambang, bersimbolkan: Sistem Penerbangan Malaysia ~ wau bulan; melambangkan menjadikan sbg tanda (utk memperkenalkan sesuatu), merupakan lambang, menggambarkan: penghulu sbg pemim­pin masyarakat Dayak juga ~ persatuan dan perpaduan; istilah baru dicipta utk ~ benda­-benda baru; perlambangan perihal (perbuatan dsb) meng­gunakan sesuatu sbg lambang: yg dimaksud­kan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf; perlambang lambang: pelambang lambang: Uda dan Dara selalu disebut sbg ~ cinta kasih yg teguh dan murni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bang] | لامبڠ

Definisi : tanda (lukisan, lencana dll) yg digunakan utk memperkenalkan atau utk menyatakan sesuatu; simbol; isyarat: Warna putih ialah ~ kesucian. berlambang mempunyai lambang. berlambangkan mempunyai sesuatu sbg lambang: Dgn ~ traktor, parti itu telah turut serta dlm pilihan raya yg lalu. melambangkan menjadi lambang utk (kpd): Gambar daun lontar ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. memperlambang menjadikan sesuatu sbg lambang: Mereka bersetuju ~ pena utk persatuan mereka. memperlambangkan menyebabkan sesuatu mempunyai lambang; memberi berlambang: Majlis yg bersidang itu sepakat ~ DBP dgn daun lontar. perlambangan perihal atau perbuatan memberi lambang kpd; hal mempunyai sesuatu sbg lambang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambang (kata nama)
Bersinonim dengan simbol, tanda, ideograf, logo, monogram, piktograf;,
Kata Terbitan : melambangkan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
setebal 10 mm, biasanya digunakan. Permukaan bum- bung yang dibaluti lapisan asfalt ini dibuat dengan kecerunan minimum 1:80. (KEJ) assembly language (bahasa himpunan) Bahasa pengaturcaraan aras rendah yang menggunakan lambang khas atau kod yang menyerupai bahasa mesin untuk mengatur cara mikropemproses atau komputer pada peringkat sistem. (KOM) associative overdominance (dominan lampau sekutuan) Rangkaian suatu lokus neutral kepada suatu polimorfisme yang sisik pada kulit. Keadaan ini timbul akibat hipertrofi lapisan sel tanduk pada kulit, penghasilan keratin yang berlebihan atau kecacatan pada molekul keratin. (UBAT) icon (arca) Gambar kecil yang digunakan sebagai lambang objek pada paparan. Arca di - gunakan untuk memudahkan pengguna menggunakan sistem dengan memilih arca tanpa menaip perintah. Contohnya, arca tong sampah melambangkan tempat membuang fail. (KOM) iconometer (ikonometer) Alat yang

Kembali ke atas