Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pai] | لامڤاي

Definisi : tinggi kecil (tubuh badan dll), panjang dan ramping, renceng: badannya yg kurus ~ itu membongkok sedikit; melampai 1. = terlampai bergerak-gerak (spt daun-daun kayu ditiup angin dll), melenggok-lenggok (bkn badan ketika berjalan, menari, dll), bergerak lemah-gemalai; 2. panjang menjulai (dahan dll), kecil dan tinggi: badannya yg tinggi tegap itu tidak ~ lagi tetapi telah memboyot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pai] | لامڤاي

Definisi : sj tumbuhan (pokok), beberas, beras­beras, gemapung, Aporosa maingayi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pai] | لامڤاي

Definisi : tinggi dan kecil (bkn tubuh badan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampai (adjektif)
Bersinonim dengan semampai, sanjai, langsing, renjong, renceng, langkai, rigai, merunjau, panjang ramping, ampai, kurus tinggi;,
Kata Terbitan : melampai,

Puisi
 

Daun entemu terlampai-lampai,
     Ditiup angin hala ke darat;
Malam Sabtu hajat tak sampai,
     Ikut rasa hati melarat.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
serotina) Lihat basal decidua. (UBAT) serous coat (salut serus) Lihat tunica serosa. (BIO) serous membrane (membran serus) Lihat tunica serosa. (BIO) shaft (aci) Bahagian sesuatu struktur, biasanya berbentuk rod dan lampai, yang me- nyokong bahagian lain struktur itu. Bahagian yang disokong itu biasanya ba- seal rock shaft shaft bearing sinus pocularis Kamus Sains.indb 588 7/8/08 11:50:26

Kembali ke atas