[la.pan] | لاڤن
Definisi : delapan; ~ belas sepuluh ditambah lapan (18); ~ puluh hasil darab lapan dan sepuluh (80); ~ ratus hasil darab lapan dan seratus (800); berlapan dlm kumpulan lapan orang dsb, lapan bersama: mereka ~ dipilih utk menyertai rombongan itu; berlapan-lapan dlm satu kumpulan lapan orang dsb (bkn banyak atau beberapa kumpulan): berbaris ~; kelapan yg nombor lapan (menurut urutan, giliran, dsb), kedelapan: gilirannya yg ~; kelapan-lapan lapan-lapan sekali, kesemuanya lapan: ~ orang anaknya pulang ke kampung pd hari raya itu; perlapan bahagian drpd sesuatu yg dibahagi lapan; satu ~ = se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[la.pan] | لاڤن
Definisi : angka bilangan selepas angka tujuh; 8; delapan. perlapan dibahagi lapan: satu ~, = se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)