[lem.bah] | لمبه
Definisi : 1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka bergelumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi maklumat; berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu rendah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lem.bah] | لمبه
Definisi : 1 tanah rendah (di kiri kanan sungai, di kaki gunung atau kaki bukit). 2 ki tempat yg paling rendah atau hina: ~ maksiat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)