Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.ngah] | لݞه

Definisi : (léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan itu akan dijalan­kan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut; berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai­-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas­-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ ber­main catur; melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerja­kan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati; melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mem­persenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu; melengahkan, melengah-lengahkan me­lakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah utk ~ masa; terlengah tidak teringat akan sesuatu, ter­lalai (oleh sesuatu), terlena; lengahan perihal lengah: tindakan yg meng­gunakan strategi ~. kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur); pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.ngah] | لݞه

Definisi : /léngah/ 1 tidak cepat; lambat. 2 kurang peduli; lalai; cuai. berlengah-lengah 1 membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; berlambat-lambat; berlama-lama: Dgn tidak ~ lagi, dia pun terjun ke dlm sungai utk menyelamatkan budak itu. 2 berbuat sesuatu utk melalaikan; berleka-leka: Dia ~ bermain catur. melengah-lengah melakukan sesuatu utk menghibur-hibur hati dsb. ~ hati menghibur hati. ~ waktu mengisi waktu terluang dgn mengerjakan sesuatu. melengahkan melakukan sesuatu supaya lambat; melalaikan; melambatkan. kelengahan hal atau keadaan lengah: ~nya telah menyebabkan dia didenda oleh guru. pelengah orang yg selalu lambat atau lalai dlm pekerjaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengah
Kata Terbitan : berlengah-lengah, melengah, melengah-lengahkan, terlengah, kelengahan,

Peribahasa

Mata kejam,
     bantal membuat ragam.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Parameter untuk mengukur keberkesanan kaedah pensterilan berkelompok dalam proses peningkatan skala, iaitu pengurangan bilangan organisma hidup selepas pensterilan dan peningkatannya mengikut pertambahan isi padu bejana fermentasi. (BIO) delay element (unsur lengah) Litar, peranti atau cip litar bersepadu elektronik yang bertugas menerima isyarat atau data, kemudian mengeluarkan semula isyarat atau data tersebut selepas suatu lengah masa tertentu. (KOM) deletrious genes (gen pincang) Gen yang mengandungi mutasi, yang menjejaskan penghasilan hasil gen yang utuh. (BIO) delirium (delirium/racauan) Gangguan mental yang dicirikan terutamanya oleh salah amatan

Kembali ke atas