Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : lengkok, kelok, berkelok atau ber­lengkok: ~ pintu gerbang itu diperbuat drpd buluh; melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri; melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll), membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar itu; lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; kelengkungan keadaan melengkung; pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : bunyi spt bunyi benda keras dipalu, dengkung; lengkung-lengkung bunyi dengkung yg ber­talu-talu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : kelok atau sesuatu yg berkelok bentuknya. melengkung berkelok spt selekoh; membengkok; garis ~. melengkungi melengkung pd sesuatu; melingkungi: Kawat berduri ~ kolam itu. melengkungkan melenturkan sesuatu supaya melengkung; mengelokkan: Ia ~ buluh itu utk dijadikan busur. lengkungan sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkung
Kata Terbitan : melengkung, melengkungi, melengkungkan, lengkungan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ sesuatu bukaan untuk menyokong gerbang rata atau untuk menyokong susunan batu bata. (KEJ) arch brick (bata gerbang) Bata yang dapat digunakan untuk membina gerbang. (KEJ) arch dam (empangan gerbang/empangan lengkung) Empangan yang berbentuk melengkung atau separuh bulat. Empangan ini di- bina pada asas batuan yang kukuh. (KEJ) arch ring (gelang gerbang) Anggota melengkung yang memberikan sokongan utama kepada struktur ger

Kembali ke atas