Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[len.tur] | لنتور

Definisi : 1. bengkok atau kelok (pd barang yg melengkung), lengkok; 2. Id perubahan arah (sinaran cahaya yg masuk ke dlm air dll), bias; melentur 1. membengkok atau melengkung (spt julai batang buluh, ampaian kain yg tidak tegang, dll), kendur: dawai itu menjadi panas dan mengembang panjang dan ~; 2. boleh (mudah) dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, dll); melenturkan menjadikan bengkok atau ber­kelok, menjadikan melentur, membengkok­kan, melengkungkan: rebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak umpama rebung, boleh di­lenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan; terlentur telah melentur, menjadi melentur: beberapa batang anak pisang berhampiran dgn rumah saya ~ kerana ditimpa hujan lebat semalam; lenturan 1. perihal lentur; 2. benda yg me­lentur atau melengkung (spt buluh pd pintu gerbang dll); kelenturan perihal (keadaan, keupayaan,dsb) melentur: besi, umpamanya, digunakan dgn meluas utk membina bermacam-macamperalatan yg memerlukan kekuatan dan ~; pelenturan perihal (proses atau perbuatan) melenturkan; pelentur benda atau alat yg digunakan utk melenturkan: ada kalanya batu besar diguna­kan sbg ~ dahan-dahan pokok itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[len.tur] | لنتور

Definisi : bengkok pd benda melengkung; lengkok. melentur 1 melengkung atau membengkok spt julai batang buluh dll; berkelok (bkn benda-benda panjang yg lembut): Dawai-dawai telefon ~ pd musim panas. 2 mudah dilengkungkan atau dilentukkan tetapi tidak mudah patah. 3 ki dpt disesuaikan dgn keadaan (bkn peraturan dsb); lw ketat atau kaku. melenturkan membuat supaya sesuatu menjadi lentur; membengkokkan atau melengkungkan. lenturan sesuatu yg melentur atau melengkung. kelenturan keadaan melentur atau keadaan dpt dilenturkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lentur
Kata Terbitan : melentur, melenturkan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ber- badan lembut dan memanjang seperti silinder. Setiap segmen mempunyai bulu kejur. Filum ini mempunyai selom, sistem darah, sistem perkumuhan melalui nefridium, sistem saraf yang agak kompleks dan kutikel yang lentur, lembap dan nipis untuk respirasi. Tiga kelas utama yang terdapat pada filum ini ialah Oligochaeta, Polychaeta dan Hirudinea. Sinonim annelid. (BIO) annidation (anidasi) Fenomena apabila sesuatu mutan dipelihara dalam sesuatu mempunyai 10 pasangan bes per pusingan heliks. (BIO) beam of light (alur cahaya) Sekumpulan sinar cahaya yang terkolimat merambat secara selari, menumpu atau mencapah. (FIZ) beam test (ujian rasuk) Ujian lentur yang digunakan untuk menentukan kekuatan lenturan. (KEJ) beam-pumping unit (unit pengepaman rasuk) Mesin yang direka khusus untuk sistem pengepaman rod penyedut yang menggunakan rasuk berjalan mendatar dalam mekanisme operasinya

Kembali ke atas