Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liar] | ليار

Definisi : 1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah (pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia meman­dang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalih­alih pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu; orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan; pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah ~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut syarat­-syarat yg ditentukan oleh kerajaan); berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh­-tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan; meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperi­badiannya sendiri; keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-­anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda; berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liar] | ليار

Definisi : 1 tidak dipelihara (bkn binatang); tidak dijaga (bkn tumbuh-tumbuhan); terbiar: anjing ~. 2 tidak teratur; tidak beradab: Perangai budak lelaki itu masih ~. 3 tidak tetap (pandangan dll): Matanya ~ memperhatikan gadis-gadis itu. meliar menjadi liar (bkn kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll). keliaran keadaan atau sifat liar: ~ anak muda hari ini disebabkan oleh kurangnya didikan agama. berkeliaran bergerak (berjalan dsb) dgn tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat: Murid-murid yg didapati ~ di pusat membeli-belah dsb pd waktu sekolah hendaklah dikenakan tindakan disiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liar (adjektif)
1. Bersinonim dengan terbiar: buas, ganas, terbiar, hutan, culas,
Berantonim dengan jinak

2. Bersinonim dengan tidak sopan: tidak santun, tidak beradab, biadab, balik adab, kasar, kurang ajar, tidak senonoh, tambung, songong,
Berantonim dengan sopan

Kata Terbitan : meliar, meliarkan, keliaran, berkeliaran,

Puisi
 

Ikan haruan ikan liar,
     Paya mana tuan tetakkan;
Jikalau abang pergi belayar,
     Di mana saya hendak diletakkan?


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Padi sekepuk hampa,
     emas seperti loyang,
kerbau sekandang jalang.

Bermaksud :

Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
panjang akibat pemencilan geografi. (BIO) allophene (alofen) Fenotip tisu yang bukan disebabkan daripada bahagian sel mutan. Tisu seperti ini akan berkembang menjadi fenotip normal jika dipindahkan kepada pe- rumah jenis liar. (BIO) allopolyploidy (alopoliploidi) Organisma yang mempunyai bilangan set kromosom yang bertambah, yang disumbangkan oleh kedua-dua induk daripada spesies yang berbeza. (BIO) allosematic (alosematik) Berkaitan dengan kaedah perlindungan, apabila seekor Lihat Amylobarbitone. (UBAT) amoeboid motion (gerakan ameboid) Gerak alih menggunakan kaki palsu (pseudopodium) yang menyerupai ameba bergerak. (BIO) amorph (amorf) Gen mutan yang tidak mempunyai kesan berbanding dengan alel jenis liar. (BIO) ampere balance (neraca ampere) Lihat current balance. (FIZ) amniocytes ampere balance Kamus Sains.indb 54 7/8/08 11:45:59 AM 55 ampere hour (ampere jam) Unit ukuran

Kembali ke atas