Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luar] | لوار

Definisi : lwn (bahagian) dalam: terdengar bunyi ketukan dr ~; kulit ~; orang ~; ~ bandar daerah yg jauh dr bandar, kampung, desa; ~ batas melampaui (melebihi) batas; ~ bicara tidak masuk dlm pembicaraan (per­bincangan, perhitungan); ~ dalam a) bahagian luar dan bahagian dalam; b) lahir batin; ~ dugaan tidak disangka-sangka; ~ janji tidak masuk dlm janji; ~ kepala Id dgn ingatan (tidak usah ditulis atau melihat tulisan), hafaz; ~ kira luar bicara; ~ negeri = negeri ~ negeri asing; ~ nikah (perhubungan jenis) yg tidak halal; (orang) ~ pagar (orang yg) tidak kena­mengena (tidak bersangkut paut); ~ pantai luar pesisir; ~ pesisir a) terletak di laut tidak berapa jauh dr pantai (bkn kedudukan sesuatu, mis pulau, pelantar minyak dll); b) (Eko) beroperasi atau berdaftar di luar negara kerana cukainya lebih rendah, peraturannya lebih longgar dll (bkn bank, pelaburan, syarikat dll); ~ sangkaan tidak disangka(-sangka); ~ talian (Komp) sifat peranti sokongan atau sistem yg tidak lagi tersambung atau tidak lagi dikawal terus oleh sistem utama; di luar 1. di bahagian luar, di sebelah luar: keadaan ~ bertambah sunyi dan gelap; 2. tidak masuk (perkara, perhitungan, tanggungan, dll), kecuali, tidak diliputi (terliput) oleh, lain drpd: budak-budak nakal itu melepaskan kata-kata yg ~ pengalaman mereka; kejadian itu ~ pengetahuannya; ~ dugaan tidak terduga sama sekali (tidak tersangka-sangka); ~ kepala Id luar kepala; ~ pembicaraan tidak masuk dlm pembicaraan; ke luar ke sebelah luar; meluar menyembul keluar, menonjol keluar; meluarkan 1. tidak memasukkan ke dlm golongan (perhitungan dll), mengasingkan, mengecualikan, menyingkirkan; 2. menyuruh keluar; luaran 1. = orang ~ orang asing, orang lain; 2. sl orang yg tidak masuk dlm golongan istana, orang keluaran; 3. = negeri ~ negeri asing; 4. yg tampak sahaja, lahiriah: pd ~nya sahaja kita dipaparkan dgn kenakalan Umar Umaiyah; peluaran; dunia ~ dunia luar; ®keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luar] | لوار

Definisi : bahagian (ruang, tempat dll) yg bukan di dalam: kulit ~; orang ~. ~ bandar daerah yg jauh dr bandar. ~ biasa tidak spt yg biasa; ganjil. ~ dugaan tidak disangka-sangka. ~ negeri, = negeri ~ negeri asing. ~ nikah tidak dlm ikatan suami isteri yg sah (ttg perhubungan antara lelaki dgn perempuan). ~ talian ist keadaan kelengkapan atau peranti komputer di luar kawalan sistem utama komputer. luaran (sesuatu) yg di luar: masalah ~. di luar 1 di sebelah (bahagian) luar: Sementara ia memasak di dapur, anaknya bermain-main ~. 2 tidak termasuk dlm sesuatu perhitungan dll; kecuali: Penipuan itu berlaku ~ pengetahuan saya. ke luar (pergi) ke bahagian luar; ke sebelah luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,

Puisi
 

Bertanam cempedak di luar kota,
     Tumbuh rendang condong ke desa;
Orang nan tidak memandang harta,
     Tapi memandang budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Berketuk (= berkotek) di luar sangkar,
     bertanam di luar pagar.

Bermaksud :

Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(28)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
separuh bulat yang berseng- gat dipasang tetap pada teropong. Tiup gelembung pula dipasang tetap pada lengan vernier dipangsi pada piringan bersenggat. (HUT) abnormal (abnormal) Berkaitan dengan sifat atau keadaan yang luar biasa atau ganjil. Contohnya, mempunyai enam jari pada tangan. (BIO) abohm (abohm) Unit ukuran rintangan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 -9 ohm. (KEJ) abomasum (abomasum) Bahagian keempat dan terakhir daripada pempolimeran terbitan akrilik seperti asid akrilik dan metil akrilat. Bahan ini mempunyai kerintangan cahaya ultraungu yang tinggi dan boleh didapati sebagai emulsi dan digunakan dengan meluas dalam kerja kemasan luar. (HUT) activate button (butang gerak) 1. Suis perkakasan atau perisian yang digunakan untuk memulakan sesuatu proses yang digantung atau belum bergerak. 2. Lihat start button. (KOM) activated carbon (karbon teraktifkan

Kembali ke atas