Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.kis] | لوکيس

Definisi : ; pandai ~ ark orang yg pandai membuat gambar, pelukis, tukang lukis; seni ~ (hasil) kecekapan menggambar yg elok-elok; melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; melukiskan ki 1. membayangkan, menampak­kan: bibirnya ~ senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat; terlukis 1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepala­nya kesibukan kota London itu; 2. teriwayat, terceritakan; lukisan 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal; pelukisan perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah mengusahakan ~ peristiwa­peristiwa yg disaksikannya sendiri; cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak mengarah kpd simbolisme; pelukis orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.kis] | لوکيس

Definisi : ; melukis membuat gambar dgn menggunakan cat, pensel dll: Dia ~ gambar kucing pd kertas itu. melukiskan 1 melukis (gambar dsb) utk seseorang: Ahmad ~ adiknya gambar seekor gajah. 2 menceritakan sesuatu keadaan atau hal; mengisahkan; menggambarkan: Cerpen itu ~ kesusahan orang-orang kampung. lukisan 1 sesuatu yg dilukis; hasil melukis; gambar: ~nya memenangi hadiah pertama. 2 keterangan, cerita dll yg menggambarkan sesuatu. ~ teknik lukisan (pelan bangunan dsb) yg menggambarkan sistem atau struktur sesuatu benda. pelukis orang yg pandai melukis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lukis
Kata Terbitan : melukis, melukiskan, terlukis, lukisan, pelukis,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
rajah yang menunjukkan jasad berserta vektor halaju (gambar rajah kinematik halaju) atau vektor pecutan (gambar rajah kinematik pecutan) yang berpadanan dengan sebarang titik pada jasad itu. Gambar rajah kinematik di - lukis untuk memudahkan penerapan persamaan kinematik. (KEJ) kinematic inversion (penyongsangan kinematik) Proses mengubah sesuatu mekanisme kepada mekanisme yang lain dengan cara menetapkan paut yang lain dalam rangkaian kinematik yang berkenaan. (KEJ

Kembali ke atas