Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ruh] | لوروه

Definisi : gugur kerana sudah masak (buah­buahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), me­ranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugur­kan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebab­kan ~ rambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ruh] | لوروه

Definisi : sl daerah, jajahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ruh] | لوروه

Definisi : gugur kerana sudah masak (bkn buah-buahan); gugur kerana sudah sampai masanya (bkn bulu, daun dll). musim ~ musim daun-daun gugur (antara musim panas dgn musim sejuk). meluruh 1 mula gugur atau luruh (bkn daun-daunan); meranggas. 2 bertukar bulu (bkn ayam dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luruh (kata kerja)
Bersinonim dengan gugur, jatuh, terlerai, terlerah, tanggal, terkelupas, meranggas, lurut, rurut, ruruh, rontok, runtuh, reges, reras, laras;,
Kata Terbitan : berluruhan, meluruhkan,

Puisi
 

Pisang emas luruh digoyang,
     Dijolokdengan ranting habu;
Adik emas saya loyang,
     Masakan mahu berkinca bahu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
KEJ) cadang-cadang (cadang-cadang) Penyakit kelapa yang mula-mula diketahui di Filipina yang disebabkan oleh viroid. Gejala utama pada pokok dewasa berupa bintik kuning perang pada daun, diikuti dengan luruh dan pokok yang diserang akhirnya mati. (BIO) caffeine number (nombor kafein) Skala yang menunjukkan jumlah sebatian karsinogen atau tar dalam minyak. (KEJ) caisson pile (cerucuk kaison) Cerucuk keluli atau konkrit kulat Macrophomina phaseolina seperti pada kapas. Gejalanya ialah layu mendadak yang menyeluruh pada daun yang su- dah tua dan berkembang ke atas, kemudian diikuti dengan perubahan warna menjadi kuning dan luruh. Batangnya hitam seperti arang dan akhirnya pokok akan mati. Sering terdapat bintik hitam pada bahagian terjangkit yang meru - pakan jasad buah kulat tersebut. (BIO) charge pattern (corak cas) Corak cas

Kembali ke atas