Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.ka.mah] | محکمه

Definisi : tempat membicarakan kes un­dang-undang, dewan atau majlis pengadilan; ~ agung Id pengadilan yg tertinggi; ~ juvenil mahkamah yg mempunyai bidang kuasa ke atas pesalah juvenil dan kanak-kanak di bawah kawalan ibu bapa; ~ perusahaan badan yg menyelesaikan pertikaian buruh; ~ rendah (majistret, sesyen) mahkamah yg di bawah kuasa atau diadili oleh majistret; ~ syariah mahkamah yg mengadili hal-hal yg ber­sangkutan dgn hukum Islam; ~ tentera mah­kamah yg mengadili perkara tentera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mah.ka.mah] | محکمه

Definisi : tempat membicarakan sesuatu yg ada hubungannya dgn undang-undang. ~ Agung mahkamah yg paling tinggi yg menentukan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi, menyelesaikan soal-soal perlembagaan yg dirujuk oleh Mahkamah Tinggi dll. ~ Atasan mahkamah yg terdiri drpd Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi. ~ Juvana mahkamah yg membicarakan pesalah yg berumur antara 10 hingga 18 tahun dan kesalahannya bukan yg boleh dihukum mati atau dipenjarakan seumur hidup. ~ Majistret mahkamah yg diadili oleh majistret yg boleh menjatuhkan hukuman denda atau penjara. ~ Penghulu mahkamah paling rendah yg boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25.00. ~ Rendah mahkamah yg terdiri drpd mahkamah Penghulu, mahkamah Juvana, mahkamah Majistret dan mahkamah Sesyen. ~ Sesyen mahkamah rendah yg tarafnya antara Mahkamah Majistret dgn Mahkamah Tinggi, dan diketuai oleh seorang presiden. ~ Syariah mahkamah yg membicarakan hal-hal yg bersangkutan dgn undang-undang Islam. ~ Tinggi mahkamah yg menentukan rayuan sesuatu keputusan Mahkamah Rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahkamah


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
masukan peranti tersebut. Galangan ini penting terutama bagi peranti penguat elektronik untuk kemudahan gandingan. (KEJ) inquest (inkues) Penyiasatan kes kematian seseorang yang dilakukan oleh koroner atau doktor dengan melibatkan pihak mahkamah. (UBAT) inscription (inskripsi) Bahagian preskripsi yang menyatakan nama ubat dan jumlah dosnya. (UBAT) insectarium (insektarium) Bahagian bangunan yang dikhaskan untuk memelihara atau mengkulturkan serangga. Tempat ini dilengkapi penghalang seperti pintu

Kembali ke atas