Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia yg terbaik; memanusiakan menjadikan seseorang mem­punyai sifat-sifat manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan menim-bulkan keindahan dlm jiwa mereka; kemanusiaan perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk Allah yg berjasad dan berakal fikiran; insan. kemanusiaan hal-hal yg berkaitan dgn manusia: peri~ perasaan atau perangai yg layak bagi manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,

Puisi
 

Anak India membawa madat,
     Dari Kedah langsung ke Bali;
Hidup manusia biar beradat,
     Bahasa tidak berjual-beli.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pulai berpangkat naik,
     manusia berpangkat turun.

Bermaksud :

Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ligninnya dan yang tidak larut dalam 17.5% natrium hidroksida akueus. Hidrolisis bahan ini menghasilkan glukosa. (HUT) alpha chain (rantai alfa) Satu daripada dua rantai polipeptida yang terdapat pada hemoglobin manusia. (BIO) alpha fetoprotein (alfa fetoprotein) Protein plasma yang utama dalam fetus mamalia. Protein ini ialah glikoprotein 70 kd yang disintesis dan dirembeskan oleh hati dan pundi yolka. Gen yang mengekodkan satu gen leluhur sejak (3 – 5) × 10 8 tahun dahulu. (BIO) alpha galactosidase (alfa galaktosidase) Enzim yang memangkinkan hidrolisis substrat yang mengandungi residu α- galaktosidase, termasuk glikosfingolipid dan glikoprotein. Pada manusia, α- galaktosidase wujud dalam dua bentuk, iaitu A dan B. Bentuk A dikodkan oleh satu gen pada kromosom-X. (BIO) alpha helix (alfa heliks) Struktur sekunder heliks yang biasa dilihat

Kembali ke atas