Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : 1. sesuatu yg memerlukan penye­lesaian, perkara atau keadaan yg menimbul­kan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kele-bihan penduduk; banyak drpd pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2. (Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan perkiraan; bermasalah mempunyai (ada) masalah, me­ngandungi (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat; memasalahkan, mempermasalahkan men­jadikan sbg masalah, memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan; permasalahan sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, per­soalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi mem-buka jalan kpd pembaca utk mengenali per-istiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : sesuatu yg mesti diselesaikan; soal; perkara: Tidak ada ~ yg tidak dpt diselesaikan bermasalah mempunyai masalah. permasalahan yg menjadi masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masalah (kata nama)
Bersinonim dengan kesulitan, kerumitan, kesukaran, kemusykilan, persoalan, isu, hal;,
Kata Terbitan : bermasalah, memasalahkan,

Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
aliran palam dan kenaikan atau kejatuhan suhu adalah berkadaran terus dengan kadar tindak balas. Reaktor jenis ini merupakan reaktor jenis ter - murah dan termudah bagi tindak balas eksotermik kecuali beberapa masalah dengan pengawalan suhu yang mungkin terlalu tinggi yang akan memberi ke - san kepada pemilihan penyahaktifan mangkin. (KEJ) administrative unit (unit pentadbiran) Kawasan terkecil yang ditadbir dalam struktur organisasi perhutanan. (HUT asid gluronik dengan nisbah 4:1 hingga 20:1. (BIO) algology (algologi) Kajian tentang alga yang merangkumi penentuan morfologi, anatomi dan proses pertumbuhan serta ekologinya. (BIO) algorithm (algoritma) Cara penyelesaian masalah dengan melakukan jujukan proses atau peraturan yang ditentukan untuk mencapai matlamat atau objektif. (KOM) alias (alias) 1. Nama ganti atau tambahan bagi unsur dalam sistem komputer. 2. Titik masuk ganti

Kembali ke atas