Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,

Puisi
 

Matahari mancar di hulu,
     Mahabagi kambang balunka;
Amun ading mati tadahulu,
     Hadangi aku di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Matahari tengah gerhana.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
masa panjang. Contohnya, bahan tambah pemecut dalam campuran konkrit digunakan untuk mempercepat pengerasan. (KEJ) adobe construction (binaan adob) Binaan yang menggunakan bata mentah atau tanah mentah yang didedahkan kepada cahaya matahari bagi mengeringkannya. (KEJ) adolescent (remaja) Anak yang umurnya mencakupi peringkat baligh, iaitu apabila munculnya ciri-ciri seks sekunder seperti datang haid atau tumbuhnya bulu sehinggalah sempurnanya pertumbuhan fizikal. Tempoh peringkat remaja

Kembali ke atas