Kamus Sains.indb 21 adenochondroma (adenokondroma) Lihat chondroadenoma. (UBAT) adenofibroma (adenofibroma) Tumor yang terdiri daripada tisu perantara yang mengandungi struktur kelen - jar. (UBAT) adenohypophysis (adenohipofisis) Lobus berkelenjar atau bahagian pada jasad pituitari yang terbit atau menjulur dari kantung Rathke dan terdiri daripada pars distalis, pars tuberalis dan pars intermedia. (BIO) adenoid (adenoid) Perihal sesuatu yang menyerupai kelenjar. (UBAT) adenoid facies (roman adenoid) Wajah seolah masa panjang. Contohnya, bahan tambah pemecut dalam campuran konkrit digunakan untuk mempercepat pengerasan. (KEJ) adobe construction (binaan adob) Binaan yang menggunakan bata mentah atau tanah mentah yang didedahkan kepada cahaya matahari bagi mengeringkannya. (KEJ) adolescent (remaja) Anak yang umurnya mencakupi peringkat baligh, iaitu apabila munculnya ciri-ciri seks sekunder seperti datang haid atau tumbuhnya bulu sehinggalah sempurnanya pertumbuhan fizikal. Tempoh peringkat
|