Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadi­kan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu; pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematang­kan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : permatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matang (adjektif)
1. Bersinonim dengan masak, tua, ranum:,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan dewasa
Berantonim dengan berpengalaman, berumur, tua

Kata Terbitan : kematangan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
vivipariti adenotrofik) Fenomena pada sesetengah serangga apabila larva disembunyikan di dalam badan ibu selepas penetasan. Larva berkembang dengan memakan rembesan rahim, bersalin kulit dua kali, dan akhirnya dikeluarkan dalam keadaan matang untuk pempupaan. Fenomena ini hanya terdapat pada lalat Tsetse (Glossina) dan Pupipara (Diptera). (BIO) adenylate cyclase (adenilat siklase) Lihat adenylcyclase. (BIO) adenylcyclase (adenilsiklase) Enzim yang memangkinkan penukaran adenosina trifosfat (ATP atau memerangkap molekul bahan lain pada permukaannya. Bahan ini boleh didapati dalam bentuk bahan semula jadi atau sintetik. (KEJ) adult (dewasa) Seseorang yang sudah mencapai pertumbuhan fizikal yang sempurna atau matang. (UBAT) adulterant (bahan noda) Bahan kimia atau bahan lain yang dicampurkan kepada sesuatu cecair atau pepejal. Dari segi undang-undang, bahan ini seharusnya tidak terdapat dalam cecair atau pepejal berkenaan

Kembali ke atas