Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lam.paui] | ملمڤاوءي

Definisi : 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah me­majukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.paui] | ملمڤاوءي

Definisi : 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,

Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bertindan) Gen yang dapat menghasilkan polipeptida dengan menggunakan jujukan nuk- leotida dalam gen lain sama ada dengan menggunakan rangka bacaan yang sama atau yang lain. (BIO) overmature (bangka) Pokok yang melampaui tahap matang. (HUT) overprint (cetak lampau) 1. Tindakan mencetak aksara beberapa kali untuk menghitamkan atau mem- perbaiki bentuk rupa huruf aksara tersebut. 2. Tindakan mencetak di luar lebar kertas cetakan Kamus Sains.indb 655 7/8/08 11:50:41 AM 656 liat akan menyerap sejumlah besar tenaga dan boleh menahan beban hentaman yang berulang-ulang atau tegasan singkat yang melampaui had kenyal tanpa mengalami kegagalan yang sempurna. (HUT) tourniquet (tornikuet) Alat yang digunakan untuk menghimpit salur darah supaya pengaliran darah dari atau ke tempat yang lebih distal ke atau dari

Kembali ke atas