[mem.be.ku.kan] | ممبکوکن
Definisi : 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.be.ku.kan] | ممبکوکن
Definisi : membuat sesuatu jadi beku; menyebabkan sesuatu menjadi beku: Petang semalam, saya belajar ttg cara-cara ~ getah drpd abang saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)