Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : ; berjual ~ menjual dan membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeli

Puisi
 

Membeli tali pasar Senyawan,
     Singgah di surau tangga berlian;
Merosak hati menggugur iman,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Sayang rugi membeli tali timba,
     air setitik tak dapat.

Bermaksud :

Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
11:48:04 AM 175 bundle (berkas) Kumpulan perisian, perkakasan tambahan atau perkhidmatan sokongan, yang biasanya dijual atau ditawarkan berasingan. Berkas disertakan bersama sistem komputer sebagai tarikan kepada pelanggan untuk membeli sistem tersebut. (KOM) bunion (bunion) Bengkakan terinflamasi pada tisu sendi di antara tulang pertama dengan tu- lang kedua ibu kaki. Bengkakan ini mengakibatkan pengabdukan ibu kaki. (UBAT) bunt (bun) 1 Bod kumin yang terdiri daripada serat kayu panjang dan disusun mengikut arah tertentu serta direkatkan dengan tekanan. (KEJ) origin (asalan) Tempat permulaan melakukan perjalanan seperti dari rumah, pejabat dan pusat membeli-belah. (KEJ) origin and destination (asalan dan destinasi) Jumlah perjalanan yang dikenal pasti bermula dari satu tempat asal menuju ke suatu tempat lain sebagai destinasi. Jumlah perjalanan ini digunakan untuk

Kembali ke atas