Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ber.sih.kan] | ممبرسيهکن

Definisi : 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2. menjadikan bersih (drpd sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd segala dosa; 3. ki menjadikan bersih (bebas drpd anasir yg tidak dikehendaki), membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd amalan rasuah; ~ bandar itu drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan (tuduhan dll) yg tidak baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh fitnah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ber.sih.kan] | ممبرسيهکن

Definisi : membasuh supaya bersih; mencuci (menyapu, mengemas dsb) supaya bersih: Pagi-pagi lagi ia sudah bangun dan terus ~ biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membersihkan

Peribahasa

Busuk daging dikincah,
     dimakan;
busuk ikan,
     dibuang.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya seperti kita menyalahkan orang lain. kincah = mengirai cucian dalam air, membersihkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Bahan seperti racun rumpai, racun serangga, detergen dan bahan kimia lain yang di- bebaskan ke persekitaran akan mengalami degradasi biologi oleh bakteria E. coli. (BIO) biological treatment (rawatan biologi) Kaedah membersihkan air buangan atau air tercemar dengan menggunakan bakteria atau hidupan yang biasa terdapat dalam air untuk mengoksidakan bahan organik kepada karbon monoksida, air, sulfat dan bahan buangan tak berbahaya. (KEJ kimia) Kumpulan atau kelas batuan sedimen yang mengandungi butiran yang terben- tuk menerusi proses pemendakan. Antaranya termasuk batuan garam seperti evaporit, anhidrit dan gipsum. (KEJ) chemical treatment (rawatan kimia) Kaedah membersihkan air buangan atau air tercemar dengan menggunakan bahan kimia untuk membersihkannya daripada bahan koloid, membuang war- na dan bau. Kaedah ini juga digunakan untuk meneutralkan keasidan atau ke- alkalian, serta

Kembali ke atas