Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.kat] | مميکت

Definisi : 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak, men­jebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll), meman­cing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik­-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.kat] | مميکت

Definisi : 1 menangkap burung dll dgn menggunakan burung yg jinak sbg denak: Ketika di kampung dahulu, saya suka benar ~ burung serindit bersama kawan-kawan. 2 melakukan sesuatu utk menarik minat atau utk menarik hati orang: Dia berjaya ~ gadis yg dicintainya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikat
Kata Terbitan : memikat, terpikat, pemikat,

Puisi
 

Kalau memikat burung bayan,
     Jangan pula dijual beli;
Biar jadi telinga tempayan,
     Jangan jadi telinga kuali.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hendak memikat balam,
     balam jugalah penunggunya.

Bermaksud :

Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi de- ngan komputer lain. Bahasa yang dimaksudkan ini biasanya ialah bahasa mesin. Sinonim computer language. (KOM) pseudepisematic character (ciri pseudepisematik) Ciri yang membolehkan haiwan memikat musuh dan memusnahkannya. Con- tohnya, cahaya pada sesetengah ikan boleh menarik perhatian krustasea kecil dan moluska yang menjadi makanan ikan tersebut. (BIO) pseudo steady-state assumption (andaian keadaan pseudomantap) Andaian

Kembali ke atas