Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : memenggal, mengerat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal: ~ kayu; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas: Jika kamu memandu kereta, jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. 5 menyelangi (percakapan orang); mencelah: Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 6 menoreh getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Puisi
 

Masuk ke hutan memotong gelam,
     Hendak membuat panggang para;
Muatan sarat belayar belum,
     Baru bertiup angin utara.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi lauk kepada orang membantai.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). membantai = memotong, menyembelih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ke atas daya pengeluaran jika batuan itu mengandungi hidrokarbon. (KEJ) core barrel (cerompong teras) Peranti berbentuk silinder yang lompang serta mempunyai mata di hujungnya, digunakan dalam sistem penggerudian berputar untuk memotong formasi bagi mendapatkan teras. Cerompong ini dipasang di bahagian paling bawah paip gerudi menggantikan tempat bit gerudi atau dipasang bersama-sama dengan sejenis bit khas. (KEJ) core board (bod teras rintangan terhadap laluan pancaran elektromag- net yang berfrekuensi tinggi, arus elektrik atau gelombang ultrabunyi. Dalam pengubatan diatermi, tisu dipanaskan tanpa termusnah sedangkan dalam dia - termi pembedahan, tisu dimusnahkan untuk tujuan memotong atau menghen- tikan perdarahan. (UBAT) diatom (dwiatom) Molekul yang terdiri daripada dua atom yang serupa atau berbeza. Contohnya, hidrogen (H 2 ) dan hidrogen klorida (HCl). (KIM) diazoben (diazoben) Nama am

Kembali ke atas