Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. 2 menderita kesusahan, ke­rugian dll; mengalami: Setelah permai­surinya mangkat, tinggallah Sultan Mahmud keseorangan ~ dukacita. Mereka telah ~ kerugian besar kerana harga getah jatuh. 3 memberikan belanja atau nafkah; menyara: Di samping ~ isteri dan empat orang anak, beliau terpaksa juga ~ dua orang adik. 4 memberi akuan atau jaminan ttg sesuatu: Saya berani ~ kebaikan radio jenis ini. 5 memikul segala tanggungjawab dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tun Kudu orang Melayu,
     Tun Tuah orang Melaka;
Duduk termenung menanggung rindu,
     Mengenang tuan jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Putih mata kerana memandang.

Bermaksud :

Menanggung rindu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
BIO) diapedesis (diapedesis) Pergerakan keluar sel darah dari pembuluh darah melalui dinding pembuluh darah yang utuh. (UBAT) diaphoresis (diaforesis) Perpeluhan yang berlebihan. (UBAT) diaphragm wall (dinding diafragma) Dinding yang berupaya menanggung daya ricih dan bertindak menambahkan diameter over bark diaphragm wall Kamus Sains.indb 280 7/8/08 11:48:48 AM 281 ketegaran anggota struktur. Dinding ini dibina dalam tanah dua atau lebih pepejal yang mencair atau melembut akibat penurunan takat lebur di bawah takat lebur setiap komponen yang diambil secara berasingan. (KIM) euthanasia (eutanasia) 1. Perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi, iaitu penyakit terminal. Perbuatan ini di- lakukan atas belas kasihan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab tersebut. 2. Kematian yang senang dan

Kembali ke atas