Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ka.ti] | مندکتي

Definisi : 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk me­laksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ka.ti] | مندکتي

Definisi : 1 datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2 hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendekati

Peribahasa

Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. tersendeng = tersenget-senget.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
antara individu dalam kumpulan organisma sosial tertentu apabila individu berkenaan tidak dapat bertoleransi dengan organisma yang datang mengganggu. Jarak ini juga merujuk pada jarak apabila individu yang berkenaan tidak akan mendekati individu lain. Sekiranya jarak tersebut kurang daripada jarak mini - mum bagi spesies tersebut, kedua-dua organisma akan berlawan. (BIO) indolent (indolen) Berkaitan dengan sesuatu yang hanya menyebabkan sedikit kenyerian sahaja dua atom neutral yang berada sangat dekat untuk menghasilkan perubahan pada awan elektron. (FAR) van der Waals diameter (diameter van der Waals) Jarak terdekat di antara dua atom yang boleh mendekati antara satu sama lain ketika pertemuan fizikal yang tidak melibatkan tindak balas kimia. (KEJ) van der Waals force (tenaga van der Waals) Daya tarikan lemah yang bertindak ke atas atom

Kembali ke atas