Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.tang] | مننتڠ

Definisi : 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angina; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.tang] | مننتڠ

Definisi : 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Banting-banting tumbuhlah damit,
     Disukat bahagian panjang;
Pengantin lagi damit,
     Ibu bapanya akan menentang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rugi menentang laba,
     jerih menentang boleh.

Bermaksud :

Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
angin ngarai bertiup kencang. 2. Angin yang terubah suai kerana terpaksa melalui ngarai atau gaung. Ke- lajuannya boleh bertambah menjadi angin kesan jet. (METEO) capacitive reactance (regangan berkemuatan) Rintangan yang menentang arus ulang-alik akibat kemuatan sesuatu pemuat atau litar elektrik yang bersamaan dengan kebalikan hasil darab kemuatan dan frekuensi sudut. (KEJ) CAPES (CAPES) CAD generasi kedua yang dimajukan oleh Syarikat sangat luas kerana mampu menyerang ratusan jenis tumbuh-tumbuhan. Patogen biotrof biasanya mempunyai julat perumah yang sempit, iaitu boleh menyebabkan penyakit ter - hadap perumahnya. (BIO) host resistance (rintangan perumah) Keupayaan menentang, melawan atau menahan daripada dijadikan perumah. (HUT) hopper host resistance Kamus Sains.indb 385 7/8/08 11:49:26 AM 386 host-specific phytotoxin (fitotoksin perumah khusus) Fitotoksin yang

Kembali ke atas