Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkat

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tu. Contohnya, bahasa pengaturcaraan. 2. Bahasa yang tidak digunakan secara semula jadi oleh manusia. Banding natural language. (KOM) artificial lift (angkat buatan) Proses atau kaedah yang dilakukan terhadap telaga bagi mengangkat minyak dan/atau gas dari dasar telaga berkenaan ke permukaan, selepas tekanan reser- voir berkurang hingga ke takat telaga berkenaan tidak lagi boleh mengeluar- kan minyak dan/atau gas secara ricih pada semua keratan yang berdekatan galang. (KEJ) continuous flow gas lift (angkat gas aliran berterusan) Lihat continuous gas lift. (KEJ) continuous gas lift (angkat gas berterusan) Salah satu kaedah mengangkat gas. Dalam kaedah ini sejumlah kecil isi padu contiguous continuous gas lift Kamus Sains.indb 237 7/8/08 11:48:40 AM 238 gas yang bertekanan tinggi disuntikkan secara

Kembali ke atas