Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.bung.kan] | مڠݢابوڠکن

Definisi : 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.bung.kan] | مڠݢابوڠکن

Definisi : 1 mengumpulkan sesuatu dan mengikatnya menjadi satu; menyatukan dlm satu ikatan atau berkas: Mak Cik Esah ~ kacang panjang itu secekak-secekak utk dijual. 2 menjadikan bersatu; menyatukan: Kami sedang berusaha hendak ~ semua syarikat kerjasama menjadi satu syarikat kerjasama yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggabungkan


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
secara ber- ulang kali. (KEJ) composite metal deck (geladak logam rencam) Geladak keluli berombak yang membantu pembentukan geladak konkrit te- tulang. (KEJ) composite wall (dinding rencam) Dinding yang dibina dengan menggabungkan beberapa jenis batu bata seperti bata merah dan blok konkrit. (KEJ) composition error (ralat gubahan) Ralat yang berpunca daripada percubaan pengguna menggubah kenyataan dalam bentuk yang lain daripada cara kenyataan Bahan yang menyebabkan genestasis. (BIO) genestein (genestein) Sebatian isoflavon yang dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuh-tumbuhan kekacang yang dijangka berperanan sebagai fitoaleksin. (BIO) genetic anthropology (antropologi genetik) Bidang sains yang menggabungkan genetik dan antropologi untuk mengkaji evolusi manusia. (BIO) genetic burden (beban genetik) Jumlah purata gen muat resesif dalam bentuk heterozigot yang terdapat pada ahli dalam populasi. Beban ini merupakan kadar

Kembali ke atas