Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1. menjadikan berhu­bung­an (berangkaian, bersambungan), me­nyam­­bungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memper­hubung­kan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhu­bung­kan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn seke­luarga orang perantauan lain; 4. menjadi­kan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertali­kan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
titik. (FIZ) akaryocyte (akariosit) Sel yang tidak mempunyai nukleus seperti eritrosit. (BIO, UBAT) ala (ala) Simbol untuk alanina. (BIO) alae cordis (alae kordis) Jalur bak sayap pada tisu bergentian yang menghubungkan jantung dari peri- kardium pada serangga atau artropod lain. (BIO) alalia (alalia) Ketakupayaan bercakap. Lihat juga aphasia. (UBAT) alan (alan) Nama piawai bagi kayu Shorea albida daripada famili Dipterocarpaceae. Spe sebagai antasid. (UBAT) aluminium stearate (aluminium stearat) Garam aluminium daripada asid stearik yang biasa digunakan sebagai bahan agen penyahbusa dalam lumpur penggerudian. (KEJ) alveolar duct (duktus alveolus) 1. Saluran yang menghubungkan pundi-pundi alveolus dengan bronkiol paru-paru. 2. Saluran pada alveolus kelenjar. (BIO) alveolitis (alveolitis) Keadaan keradangan pada alveolus. (BIO, UBAT) Alzheimerʼs disease (penyakit Alzheimer) Lihat presenile dementia. (UBAT) Amagat

Kembali ke atas