Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.rai.kan] | مڠهورايکن

Definisi : 1. membuka simpul atau ikat­an (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memi­sah­kan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. mem­bentangkan dan menerangkan (keduduk­an, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesai­an: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.rai.kan] | مڠهورايکن

Definisi : 1 membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2 menceritakan atau me­nerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3 mencerai-ceraikan atau meng­asingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hurai
Kata Terbitan : menghuraikan, terhurai, huraian, penghuraian,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tertentu yang diperhatikan. (KEJ) analytical balance (neraca analisis) Alat yang berupaya menimbang kuantiti yang sangat sedikit dengan tepat. (KIM) analytical mechanics [mekanik beranalisis (ilmu)] Kajian ilmu mekanik secara terperinci dengan menghuraikan mekanik geomet- ri ke bentuk aljabar. (FIZ) analyzer (alat analisis) Peranti optik seperti prisma Nicol yang diletakkan dalam kanta mata suatu teleskop atau alat yang serupa dengannya untuk mengesan pengutuban Terapan tentang pergerakan dan segala perilaku misil seperti projektil, bom, roket, dan segala fenomena yang berkaitan. (FIZ) ballistics of penetration [balistik tusukan (ilmu)] Kajian tentang bahagian daripada balistik terminal yang menghuraikan ge- rakan projektil apabila gerakan ini menusuk sasaran seperti pepejal. (FIZ) ballottement (balotemen) Teknik mengesan sesuatu yang terapung dalam cecair tubuh. Contohnya, un- tuk mengesan kehamilan dan kedudukan ginjal. Bagi

Kembali ke atas