Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.la] | مڽالا

Definisi : 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.la] | مڽالا

Definisi : 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyala (kata nama)
Bersinonim dengan api, lidah api;,
Kata Terbitan : menyala, menyala-nyala, menyalakan,

Puisi
 

Encik Mat Tahir pengasuhnya,
     Muara peti pandai menyala;
Ambillah air buat pembasuhnya,
     Hiduplah api menyala-nyala.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Telinga terbakar muka menyala.

Bermaksud :

Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
lurus dengan lorong tanjakan untuk mengelakkan kenderaan terbabas daripada permukaan jalan. (KEJ) flagellate flare area Kamus Sains.indb 345 7/8/08 11:49:18 AM 346 flare spot (bintik menyala) Kawasan kecil bercahaya terang dan terbaur yang dihasilkan oleh pantulan berbilang cahaya dari berbagai-bagai permukaan sistem optik. (FIZ) flash fuel (bahan bakar ringan) Bahan mudah terbakar seperti daun, ranting bersama dua dawai dan kuar yang digunakan untuk menguji keterusan litar. Satu kuar akan disambungkan pada bekalan, sementara yang satu lagi digunakan untuk menyentuh litar yang diuji. Sekiranya lampu uji menyala, bermakna litar berada dalam keadaan baik. (KEJ) test probe (kuar uji) Jarum logam daripada bahan pengalir yang hujungnya bermata tajam atau ber - cangkuk yang digunakan untuk memeriksa litar dengan menyentuhkan

Kembali ke atas