Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1 memberikan tambahan supaya men­jadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 meng­hubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menimbau boleh,
     menggala-gala tak tahu.

Bermaksud :

Pandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
value (nilai penyesuai) Lihat fitness. (BIO) adaptor (adaptor) Satu keratan DNA sintetik pendek yang mengandungi tapak pembatasan yang digandingkan dengan kedua-dua hujung tumpul serpihan DNA. Keratan ini digunakan untuk menyambung satu molekul yang mempunyai hujung tumpul dengan molekul lain yang mempunyai hujung lekitan. (BIO) adaxial (adaksial) Berkaitan dengan permukaan atau sisi sesuatu struktur yang terletak hampir dengan sesuatu paksi utama siri lame- la atau filamen. (BIO) branching enzyme (enzim pencabang) Enzim yang memangkinkan sintesis titik cabang dalam polimer. (KIM) branching unit (unit pencabangan) Bahagian segmen linear rantai polimer dwifungsi yang menyambung kepada rantai lain atau hujung rantai mati. Dalam pembentukan gel, monomer berbi- lang fungsi bertindak sebagai unit cabang. (KEJ) brashness (rapuh) Keadaan kayu yang mempunyai nilai rintangan hentaman yang rendah

Kembali ke atas