Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyo.kong] | مڽوکوڠ

Definisi : 1. menyangga (menopang) se­suatu supaya jangan rebah atau roboh: be­berapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pembe­rontakan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyo.kong] | مڽوکوڠ

Definisi : 1 menaruh sang­ga pd sesuatu supaya tidak rebah; menyangga; menopang. 2 memberikan bantuan (baik berupa wang mahu­pun tenaga dsb); membantu: Saya ~ usul saudara tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sokong (kata nama)
Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;,
Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong,

Peribahasa

Bahu memikul,
     hati menyokong.

Bermaksud :

Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
aliform (aliform) 1. Bak sayap. 2. Berkaitan dengan otot serangga. (BIO) alimentation (alimentasi) Proses memberi makanan bergizi. Sinonim alimentum. (BIO) alimentum (alimentum) Lihat alimentation. (BIO) alinotum (alinotum) Plat dorsum yang menyokong sayap pada mesotoraks atau metatoraks serang- ga bersayap. (BIO) aliphatic (alifatik) Berkaitan dengan sebatian organik yang molekulnya terdiri daripada atom kar- bon yang tersusun lurus atau bercabang. Contoh sebatian alifatik arcade (arked) Laluan pejalan kaki yang mempunyai bumbung berbentuk gerbang dan terle- tak di antara dua bangunan. (KEJ) arch bar (bar gerbang) Bar yang terletak di atas sesuatu bukaan untuk menyokong gerbang rata atau untuk menyokong susunan batu bata. (KEJ) arch brick (bata gerbang) Bata yang dapat digunakan untuk membina gerbang. (KEJ) arch dam (empangan gerbang/empangan lengkung) Empangan yang berbentuk

Kembali ke atas