Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung besar, yg jantan bulunya berwarna-warni dan ekornya spt bentuk kipas apabila mengembang, Pavo muticus; ~ biru, Pavo cristatus; ~ pongsu sj burung kuang cermin, kuang pongsu, Polyplectron mala-cense. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj burung yg besar lagi cantik bulunya, Pavo muticus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merak I

Puisi
 

Merak hulu merak hilir,
     Merak seekor hujung tanjung;
Hendak ke hulu hendak ke hilir,
     Badan seorang tak tertanggung.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Apa gunanya merak mengigal di hutan.

Bermaksud :

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya). (Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
struktur untuk mencari pesongan dan cerun pada rasuk yang terbeban. (KEJ) arena (arena) Tempat pembiakbakaan bersama, iaitu jantan membuat pertunjukan dan betina datang untuk mengawan. Contohnya, di tempat pembiakan burung merak, bu - arcuate arena Kamus Sains.indb 102 7/8/08 11:46:31 AM 103 rung jantan menari-nari sambil mempamerkan bulunya yang berwarna-warni untuk menarik perhatian burung betina. Sinonim

Kembali ke atas