Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.yap] | مرايڤ

Definisi : spt rayap, berkeriapan, ber­ke­ru­mun banyak-banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yap] | مرايڤ

Definisi : 1. berjalan (bkn binatang kecil spt semut dll): semut dan anai-anai ~ di tanah; 2. melata (tumbuh-tumbuhan yg menjalar): batangnya bercabang-cabang ~ di atas tanah; 3. ki bergerak dgn perlahan-lahan dan arah yg berubah-ubah (pandangan, fikiran, dll), bergerak dgn perlahan-lahan: matanya ~ ke sekujur badan orang itu; beberapa buah kereta lembu kelihatan ~ perlahan-lahan; tangan yg terkembang rapat itu merayap-rayap menyapu daun pintu; 4. bp berjalan-jalan membuang masa dgn tidak tentu hala (tidak bertujuan dll), merayau: kadang-kadang ia ~ sampai subuh; beberapa hari di Singapura ia mulai ~, mula-mula dipandu oleh anak tukang kebun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yap] | مرايڤ

Definisi : 1 berjalan (bkn bina­tang kecil spt semut): Semut dan anai-anai ~ di tanah. 2 melata (bkn tumbuh-tumbuhan menjalar): Pokok keledek itu ~ hingga ke luar pagar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rayap2
Kata Terbitan : merayap, merayap, merayapi,

Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pada heterozigot. (BIO) creeper crane (kren penjalar) Kren berat yang digunakan dalam pembinaan jambatan jalur keluli yang bia- sanya bergerak di sepanjang perentas atas semasa pembinaan. (KEJ) creeping wave (gelombang merayap) Gelombang yang merambat dengan halaju yang sangat rendah. (FIZ) crib dam (empangan landas) Empangan yang dibina daripada kerangka kayu atau konkrit pratuang yang saling mengunci. Bahan ini akan disusun bertindih gelombang haba heat wave gelombang jirim matter wave gelombang kecil Huygens Huygens wavelet gelombang lautan ocean wave gelombang ledakan detonation wave gelombang mampatan compressional wave gelombang masuk ingoing wave gelombang merayap creeping wave gelombang pantulan reflection wave gelombang perenggan frontal wave gelombang radio radio wave gelombang Rayleigh Rayleigh wave gelombang rerambut capillary wave gelombang satah akustik acoustic plane wave gelombang satah

Kembali ke atas