Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.pa.ti] | مرڤاتي

Definisi : sj burung, burung dara, Columba domestica; ~ mas sj burung, Caloenas nicobarica; ~ mahkota, Goura cristata; ~ dua sejoli ki sepasang orang yg sedang ber­kasih-kasihan; jinak-jinak ~ ki perempuan yg kelihatan senang diperdaya tetapi sebenar­nya tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.pa.ti] | مرڤاتي

Definisi : nama sj burung; burung dara, Columba domestica. jinak-jinak ~ kelihatan mudah didekati tetapi tidak mudah dipikat (bkn perempuan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merpati

Puisi
 

Merpati telurnya hijau,
     Pecah sebiji di dalam cawan;
Abang pergi ke langit hijau,
     Adik menanti di kaki awan.


Lihat selanjutnya...(34)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
kumpulan haiwan yang dominan pada zaman Jurasik dan Kretaseus. Sesetengah spesies haiwan ini merupakan haiwan daratan terbesar yang pernah wujud di muka bumi, namun terdapat juga yang saiznya sekecil burung merpati. (BIO) dioctyl phthalate (dioktil ftalat) Pemplastik yang biasa digunakan dalam sebatian polivinil klorida. Bahan ini juga sesuai digunakan sebagai pemplastik untuk polimetil metakrilat dan polistirena. Singkatan DOP. Sinonim cis-2

Kembali ke atas