Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ti] | مستي

Definisi : 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, ke­wajiban; 2. ketentuan, ketetapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ti] | مستي

Definisi : 1 tidak boleh tidak; wajib: Saya ~ pergi hari ini juga. 2 pasti; tentu: Jika tidak disudahkan kerja ini, ~ tuan akan memarahi kita. memestikan 1 mewajibkan: Kerajaan ~ setiap rakyatnya memiliki kad pengenalan. 2 menentukan; menetapkan: Kami tidak dpt ~ berapa keuntungan yg diperoleh tiap-tiap bulan. kemestian 1 sesuatu yg dimestikan; kewajipan. 2 sesuatu yg sudah ditentukan; ketentuan; ketetapan. semestinya 1 spt yg diwajibkan; sewajibnya: Sudah ~ kita taat kpd ibu bapa. 2 spt yg patut; sememangnya: Orang yg kaya tidak ~ hidup bahagia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesti (kata tugas)
Bersinonim dengan tidak boleh tidak, wajib, perlu, hendaklah, terpaksa, jangan tidak, harus, patut, wajar, tetap, tentu;,
Kata Terbitan : semestinya, memestikan, kemestian,

Peribahasa

Kerbau menanduk,
     kerbau pergi.

Bermaksud :

Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
diet. Contohnya, fenilalanina, valina, treonina, triptofan, isoleusina, metionina, histidina, arginina, leusina dan lisina. (BIO, TEKMA) essential fatty acid (asid lemak perlu) Asid lemak yang tidak boleh disintesis oleh tubuh dan mesti dibekalkan dalam diet. Contohnya, asid linolenik, asid linolik dan asid arakidonik. (KIM) estavel (estavel) Sungai bawah tanah di kawasan kars. (HID) ester value (nilai ester) Jumlah miligram kalium hidroksida yang alat elektrik seperti dalam ketuhar dan pembakar roti. Unsur pemanas merupakan bahagian tempat tenaga elektrik ditukarkan menjadi tenaga haba. (FIZ) heating load (beban pemanasan) Kuantiti haba per unit masa yang mesti dibekalkan untuk mengawal suhu jasad heart rot heating load Kamus Sains.indb 376 7/8/08 11:49:24 AM 377 pada sesuatu nilai. (FIZ) heating test (ujian kepanasan) Ujian

Kembali ke atas