Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.dal] | مودل

Definisi : 1. wang atau harta benda yg diper­gunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah keka­yaan dll), pokok (utk berniaga): jika sesuatu perniagaan itu rugi, akan tibalah masanya ~ utk menjalankan perniagaan itu habis; barang ~ barang-barang yg dapat menghasil­kan barang-barang lain (spt alat penenun dll); penanaman ~ perihal menggunakan modal utk mendapat keuntungan (dlm perniagaan, perusahaan, dll); 2. ki sesuatu yg digunakan utk mendapatkan atau mencapai sesuatu yg lain: kerbau itu cukup dijadikan ~ utk ber-isteri; baginya pelajaran adalah ~ terpenting utk mencapai kejayaan; 3. ki bp buah fikiran, idea: aku kehabisan ~ utk menyampuk cakap teman-temanku; ~ bergerak = ~ berpusing modal yg boleh berpindah-pindah (spt barang-barang men­tah, wang, dll); ~ campuran modal (usaha) gabungan; ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan; ~ sambut buah fikiran orang lain yg digunakan dlm sesuatu percakapan (perbincangan dll); ~ tetap modal yg tidak dapat dipindah-pindahkan (tanah, bangunan, dll); semodal berkongsi dlm perusahaan, ikut serta dlm urusan perniagaan dll; orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm perusahaan dll; bermodal mempunyai modal: golongan kapitalis ~ besar; bermodalkan mempunyai (atau mengguna­kan) sesuatu sbg modal: beliau memulakan perniagaan dlm bidang hiasan dalaman dgn ~ wang sebanyak RM25 ribu; memodali memberi modal (utk sesuatu per­niagaan, perusahaan, dll): beberapa orang saudagar telah ~ lombong-lombong itu; kemodalan perihal modal, bersifat mencari untung; permodalan; syarikat ~ syarikat yg mena­nam modalnya dlm perniagaan atau per­usahaan lain utk mendapat keuntungan; pemodal orang yg memberi modal, penanam modal: kebanyakan rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yg se-mata-mata mencari keuntungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.dal] | مودل

Definisi : wang atau harta benda yg digunakan sbg dasar atau asas utk berniaga atau utk menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan dll; pokok: Ia tidak mempunyai ~ utk berniaga secara besar-besaran. barang ~ barang-barang spt mesin yg dpt menghasilkan barang lain; penanaman ~ perbuatan menggunakan modal utk mendapatkan keuntungan dlm perniagaan atau perusahaan. ~ bergerak (berpusing) modal spt barang-barang mentah atau wang yg boleh berpindah-pindah. ~ campuran modal atau usaha gabungan. ~ insan modal yg ada pd seseorang insan, spt ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal dan rohani. ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan. ~ tetap modal spt tanah atau bangunan yg tidak dpt dipindah-pindahkan. bermodalkan mempunyai sesuatu sbg modal. memodali memberi modal kpd (utk sesuatu perusahaan dll): Syarikat itu dimodali bersama oleh Jepun dan Malaysia. permodalan segala hal atau urusan yg berkaitan dgn modal; perihal bermodal: syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm perniagaan atau perusahaan lain utk mendapatkan keuntungan. pemodalan perihal atau perbuatan memodali. pemodal orang (pihak dll) yg memberikan modal; kapitalis. semodal berkongsi dlm perusahaan; ikut serta dlm perniagaan dll: orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm sesuatu perusahaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
modal (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, sumber, dana, biaya, aset, tabungan, simpanan stok, syer, saham;,
Kata Terbitan : pemodal,

Puisi
 

Pusing gasing tangan kidal,
     Tali pendek putus sejengkal;
Kalau untung bercampur modal,
     Itu tanda berniaga tak kekal.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Mengekor mencit.

Bermaksud :

Modal yang makin susut.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
current (arus purata) Arus yang nilainya merupakan hasil purata arus ulang-alik meliputi setengah kitaran. (FIZ) average unit cost estimate of fixed capital investment (anggaran kos unit pu- rata pelaburan modal tetap) Kaedah yang menganggarkan pelaburan modal tetap menurut modul berdasar- kan saiz peralatan, bahan pembinaan dan pengendalian tekanan proses yang telah dianggarkan. (KEJ) average year (tahun purata) Tahun yang kuantiti cerapannya hampir sama dengan purata jangka

Kembali ke atas