Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.tah] | مونته

Definisi : 1. keluar kembali drpd mulut (barang yg dimakan dll): maka terkadang-kadang ~lah ia sebab banyak meminum air masin itu; 2. = muntahan apa-apa yg keluar kem­bali melalui mulut; 3. turun atau luntur (warna kain); ~ belalah mengeluarkan muntah dgn banyak; ~ berak sering muntah-muntah dan berak (kerana penyakit taun); ~ darah menge­luarkan darah dr mulut; ~ kedarah bk makan; menjilat ~ sendiri prb apa yg telah ditolak (dicacat) diterima lagi; memuntahi mengeluarkan muntah dan me­ngenai sesuatu: ia ~ katilnya; memuntahkan 1. mengeluarkan muntah (apa yg sudah di dlm perut): ia ~ kembali apa yg telah dimakannya; 2. mengeluarkan apa yg ada di dlm mulut, meluahkan: setelah diku-nyah-kunyah, dimuntahkan kembali sirih itu; 3. ki mengeluarkan banyak-banyak: kedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dr mesingannya yg menggerutup menuju sasarannya; ~ isi perut bk mengeluarkan perasaan hati; pemuntahan perihal (proses atau perbuatan) memuntahkan: di Malaysia, kaedah ~ yg sela-mat bagi mengeluarkan racun yg tertelan mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah; pemuntah (ubat dsb) yg menyebabkan mun­tah: agen ~ ialah ubat yg sengaja diberikan supaya pesakit itu muntah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mun.tah] | مونته

Definisi : 1 keluar kembali dr mulut (bkn barang yg dimakan): Anaknya selalu ~ selepas minum susu. 2 = muntahan apa-apa (biasanya makanan yg telah ditelan) yg keluar kembali melalui mulut. ~ belalah mengeluarkan muntah dgn banyaknya. ~ berak sering muntah dan berak. ~ darah mengeluarkan darah dr mulut. memuntahi mengeluarkan muntah pd atau kena pd sesuatu: Dia ~ tempat tidurnya. memuntahkan 1 mengeluarkan muntah atau benda-benda yg telah dimakan: Ia ~ kuih yg telah dimakannya. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak: Meriam itu ~ peluru ke arah kubu musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muntah (kata kerja)
Bersinonim dengan menjeluak, melilah, jelanak, jeluwek;,
Kata Terbitan : memuntahkan,

Peribahasa

Jauh bau bunga,
     dekat bau tahi (= kencing).

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
di hemisfera selatan. (HID) antidiuretic (antidiuretik) Agen yang menghalang penghasilan air kencing. (UBAT) antidote (antidot) Bahan yang dapat melegakan atau mengurangkan tindakan racun. (BIO) antiemetic (antiemetik) Agen yang dapat mencegah muntah atau melegakan rasa loya. (UBAT) antienzyme (antienzim) Polipeptida atau protein seperti perencat protease dan perencat tripsin kacang soya yang bertindak sebagai perencat enzim atau antibodi. Perencat ini mem- bentuk kompleks BIO) apomict (apomik) Organisma yang dihasilkan oleh apomiksis. (BIO) apomixis (apomiksis) Lihat apogamy. (BIO) apomorphine (Apomorphine) Alkaloid yang diperoleh daripada morfina melalui pembuangan molekul air. Alkaloid ini digunakan untuk mencetuskan muntah. (UBAT) aponeurosis (aponeurosis) Serat kolagen yang menghubungkan otot dengan tulang yang digerakkannya. (UBAT) aponeurositis (aponeurositis) Inflamasi aponeurosis. (UBAT) apophysate (apofisat) Merujuk kepada struktur kulat yang mempunyai sel penyokong. (BIO) apophysis

Kembali ke atas