Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.suh] | موسوه

Definisi : 1. orang yg ditentang (dlm pepe­rangan, perkelahian, pertandingan, dll), lawan, seteru: tiada begitu banyak ~nya dan tiada sesiapa membenci dia; 2. sesuatu yg meng­ancam (kesihatan, jiwa, dll), sesuatu yg me­rosakkan: penyakit tibi ini ialah ~ yg besar sekali kpd manusia; 3. ki bandingan, imbang­an, tandingan; tidak ada ~nya tidak ada ban­dingan atau tandingannya; ~ ketat musuh yg paling besar (kpd); ~-masah berbagai-bagai musuh; ~ tradisi lawan (dlm pertandingan dsb) sejak dahulu hingga masa kini; ~ tumbuhan segala yg merosakkan tum­buhan (spt serangga dll); ~ dlm selimut prb musuh yg sangat dekat atau yg ada dlm lingkungan sendiri; ~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan prb musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut; bermusuh, bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama lain), berlawanan, berten­tangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn me-reka; memusuhi menganggap musuh, melawan, membenci, menentang: kami tidak ~ sesiapa; musuh-memusuhi saling memusuhi: apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain; permusuhan perihal bermusuh, perseteruan: dia bertindak demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan sekeliling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.suh] | موسوه

Definisi : ; ~ lebah sj burung, Indicator archi-pelagus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.suh] | موسوه

Definisi : 1 orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian dll); lawan; seteru: Mereka mempelajari cara-cara mempertahankan diri drpd serangan ~. 2 sesuatu yg mengancam kesihatan, jiwa dll; sesuatu yg merosakkan: ~ yg sering merosakkan padi ialah tikus. ~ ketat musuh yg paling besar. ~-masah berbagai-bagai musuh. ~ dlm selimut musuh yg sangat dekat dan ada dlm lingkungan sendiri. bermusuh bersikap sbg musuh antara satu dgn yg lain; bertentangan: Dua orang adik-beradik itu selalu saja ~. bermusuhan saling menganggap sbg musuh antara satu dgn yg lain: Sejak dahulu lagi, mereka ~. memusuhi menganggap seseorang atau sesuatu sbg musuh; menentang: Kami tidak ~ sesiapa. permusuhan perihal bermusuh; perseteruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musuh (kata nama)
Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak, petualang, antagonis, udu;,
Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan,

Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Musuh dalam selimut.

Bermaksud :

Musuh yang tiada diketahui, yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
alokton) Berkaitan dengan batuan yang juzuk dominannya bukan terbentuk in situ, teta- pi berasal dari luar ekosistem tersebut. Banding autochthonous. (BIO) allocriptic (alokriptik) Berkaitan dengan perwarnaan tubuh organisma untuk mengelirukan musuh atau mangsanya. Contohnya, sesetengah krustasea menghiasai diri dengan rumpai laut dan sesetengah serangga menutupi diri dengan kapur, pasir atau liken. (BIO) allocycle (alokitar) Perihal perbezaan tabiat pintalan yang ditunjukkan oleh tan ditanam dalam kawasan yang luas pada masa yang lama, maka populasi patogen akan meningkat dengan cepat hingga boleh menimbulkan epidemi. Hal ini menyebabkan jumlah tumbuh-tumbuhan sihat berkurang dan musuh alam bagi patogen tersebut juga meningkat sehingga menyebabkan populasi patogen menurun. Sebaliknya apabila berlaku epidemi, suatu varieti baru yang tahan terhadap ras patogen tersebut akan ditanam secara meluas yang akhirnya

Kembali ke atas