Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.tu] | موتو

Definisi : terdiam kerana terlalu sedih dll, ter­menung-menung; berhati ~ bersedih hati, masyghul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.tu] | موتو

Definisi : dlm keadaan yg berbahaya (raja dlm permainan catur), tercepit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.tu] | موتو

Definisi : mutiara; ratna ~ manikam berbagai­bagai jenis permata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.tu] | موتو

Definisi : 1 ukuran ketulenan atau kemurnian emas (1 mutu = 2.4 karat): emas sepuluh ~ emas murni. 2 taraf kepandaian, kecerdasan dll; kualiti atau nilai bagi sesuatu: Kelas-kelas tambahan telah diadakan utk meninggikan ~ pelajaran murid-murid itu. bermutu tinggi nilainya atau tinggi mutunya; bernilai tinggi: Lukisannya memang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.tu] | موتو

Definisi : mutiara. ratna ~ manikam berbagai-bagai jenis permata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.tu] | موتو

Definisi : (dlm permainan catur) seri kerana raja tidak dpt bergerak; raja terjepit; buntu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mutu (kata nama)
Bersinonim dengan kualiti, nilai, harga, standard;,
Kata Terbitan : bermutu,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ujian. (KEJ) accelerating admixture (bahan tambah pecutan) Bahan tambah yang mempercepat proses pengerasan atau pengesetan simen. Kalsium klorida merupakan salah satu daripada agen pemecutan konkrit. (KEJ) acceptable quality level (aras mutu boleh terima) Tahap kualiti lot bahan yang dinyatakan sebagai peratus kecacatan yang diteri- ma. (TEKMA) abvolt acceptable quality level Kamus Sains.indb 6 7/8/08 11:45:13 AM mempunyai kandungan karbon lebih kurang 93%. Kandungan bahan meruapnya berkisar dari 6% hingga 9%. Nisbah karbon-hidrogennya bersamaan atau melebihi 24. Arang batu ini ialah bahan api (jenis pepejal) ber - mutu tinggi yang mempunyai nilai kalori sekitar 32.5 MJoule/kg. Arang batu terbakar dengan mengeluarkan nyala yang tidak bersinar tetapi membebaskan haba yang tinggi. (KEJ) anthracnose (antraknos) Gejala atau nama

Kembali ke atas